17.2.12

Wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku.
Sebelum benar-benar engkau hadir, inginku bertanya sesuatu padamu..

Adakah engkau sanggup menerimaku sebagai isteri jika tidur lena mu ku ganggu untuk kita bersama-sama munajat padaNya..

Sesungguhnya engkau yang akan membangunkanku dari terus terlena dengan nikmat dunia..

Adakah engkau sanggup jika aku tidak sudi engkau menjadi imamku untuk solat subuhku kerana ku ingin dirimu solat subuh berjemaah di masjid..

Moga Allah mengurniakanmu syurga kerna memahami keinginanku..

Adakah engkau sanggup jika selepas pulangnya engkau dari solat berjemaah aku tidak merelakan engkau tidur semula..malahan aku ingin engkau menghidupkan majlis taklim (saling berkongsi pengisian) antara aku & dirimu..

Sesungguhnya Allah mengurniakan mu untuk menjadi pendengar terbaikku agar tiada sepi hari-hari ku..

Adakah engkau sanggup jika setiap pagi aku ingin kau membaca mathurat bersama ku..

Akan aku pelajari membacanya demi keradhaanNya pada kita.. bersabarlah denganku

Adakah engkau sanggup jika selepas kau pulang dari bekerja, aku masih lagi dengan tugasku di luar..

Sesungguhnya aku akan berdoa moga Allah memelihara dan melindungi mu agar kembali dalam keadaan selamat.

Adakah engkau sanggup jika ketika engkau di rumah,aku sering meminta izin untuk keluar dengan alasan berjumpa rakan-rakan sedangkan pada hakikatnya aku ingin meneruskan medan perjuanganku..

Berterus-teranglah padaku agar dapat ku mengerti niat sucimu

Adakah engkau sanggup jika setiap isnin & khamis kau menemaniku berpuasa sunat..

Dan dengan demikian engkau telah mendekatkan aku kepada Allah...

Adakah engkau sanggup jika bersama-samaku menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita..

Sesungguhnya tiada seorang manusia yang sangat-sangat aku rindukan melainkan baginda

Adakah engkau sanggup jika aku menasihatimu & membawamu lebih mendekatiNya..

Sesungguhnya aku yakin nasihatmu sangat halus bahasanya dan juga demi kebaikkanku

Adakah engkau sanggup jika akan ada malam tertentu rumah kita akan dipenuhi orang untuk majlis ilmu..

Tiada ada yang lebih menggembirakanku

Adakah engkau sanggup jika tetamu kita sering bertamu sehingga tidur di rumah kita kerana ia mungkin akan mengganggumu..

Sesungguhnya Allah telah memberikan kita jalan mudah untuk beramal dengan mengurniakan kita tetamu

Adakah engkau sanggup jika hujung minggu kita dipenuhi dengan menziarahi orang tua kita..

Moga kita tidak akan pernah melupakan jasa baik mereka hingga ke akhir hayat.

Adakah engkau sanggup jika aku meminta dirimu menceritakan kisah sirah Rasulullah SAW & perjuangan para sahabat kepada anak-anak kita sebelum mereka tidur..

Dan itulah saat-saat yang diimpikan oleh seorang ayah

Adakah engkau sanggup jika aku tidak merelakan engkau memberi pelbagai kemewahan pada anak-anak kita kerana aku ingin mereka menjadi hambaNya yang bersyukur selalu..

Anak adalah amanah Allah, demi mendidiknya menjadi hamba yang bersyukur, memang itu jalan yang terbaik

Adakah engkau sanggup jika tanganmu sentiasa ku pegang walau ke mana arah tuju ketika kita berjalan bersama..

Hingga nafas ku yang terakhir, peganglah tanganku..

Adakah engkau sanggup jika keluar berjalan denganku yang bertudung labuh,berbaju longgar, dan seringkas yang mungkin di hadapan hambaNya yang lain..

Siapa aku untuk menghalangmu menurut perintah Allah..

Adakah engkau sanggup jika masakanku tidak sesedap yang kau harapkan..

Akan ku hantarmu ke kelas memasak *hehe*

Adakah engkau sanggup jika layananku kekok padamu..

Mungkin juga layanan ku tiada lebih baik darimu..

Adakah engkau sanggup jika ujian Allah itu datang dan ku pinta engkau menyunting bunga yang lain untuk dirimu..

Allah penentu segalanya...

Adakah engkau sanggup jika segala ini benar-benar berlaku???

Berdoalah moga Allah merahmati kita.. terhindar dari yang tidak diingini kerna sesungnya andai memang engkau jodohku, engkaulah pelengkap agama ku...

No comments: