21.12.11

Perkara yang dipelajari hari ini


1. Ternyata kami hanya mampu merancang dan sesungguhnya rancangan-Nya jualah yang sempurna. Walau pahit mahupun pedih, akan terasa manis bagi yang mampu bersabar dan bertahan dengan segala cubaan. 2. Sakit bertanam berharap hasil, kekadang kecewa sebelum musim menuai. Hati hancur jangan di manja, cuba mencari hikmah dibalik samar. Nescaya kecewa kembali tenang, redha dan syukur atas ketentuan. 3. Sekelumit cuma masalah menimpa, banyak lagi yang berat bebanan. 4. Berhati-hati menggunakan kata kerana kekadang maksud di hati nampak tak jelas lalu tertikam hati yang disayangi. Luka di hati mungkin tak nampak, tapi bisanya perpanjangan. 5. Tahanlah diri mu berkata-kata bila hatimu gundah dulana atau membara. 6. Hidup cuma seketika... berbuatlah perkara-perkara yang menggembirakan.

No comments: