22.11.08

Y O G A

Dengan perkhabaran meluas tentang kebaikan senaman yoga, ianya semakin mendapat tempat dan diminati ramai. Ini tidak terkecuali di negara kita sendiri. Banyak firma-firma tempatan yang menjadikan senaman yoga sebagai daya tarikan dengan menyediakan kelas-kelas yoga mengikut peringkatan keupayaan pelanggan. Mereka juga turut menyediakan khidmat nasihat bagi pelanggan yang baru saja hendak berjinak-jinak dengan senaman ini. Senaman yoga berbeza dari senaman-senaman yang lain kerana yoga mengandungi elemen meditasi yang dikatakan mampu memberi ketenang kepada si pengamal secara zahir dan batin.


TAPI, tahukah anda bahawa amalan yoga telah diharamkan di Singapura dan juga Mesir. Terbaru, menurut berita yang disiarkan hari ini, Malaysia juga telah mengharamkan amalan yoga yang dipercayai sebagai amalan ritual yang berasal dari agama Hindu.

Senaman yoga yang sering dipraktikkan adalah pada dasarnya memang khusus untuk tujuan kesihatan semata-mata.
Namun menurut sejarah, yoga merupakan amalan ritual agama hindu yang pada asalnya disertai dengan jampi serapah. Tambahan lagi, penganut agama ini percaya bahawa amalan ritual ini adalah sebagai proses penyatuan diri dengan para dewa.


Sememangnya ramai yang akan mempersoalkan tujuan pengharaman ini. Walaupun secara lahiriahnya, senaman yoga tidak menampakkan unsur-unsur penyesatan akidah, namun ia adalah bertujuan untuk mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak diingini berlaku.-end-


"Apa pun yang kita kerjakan dengan niat dan cara yang betul,
InsyaAllah... Allah akan sentiasa merahmatinya"

-az-


1 comment:

Anonymous said...

I see.. tapi yang penting, niat kan?=). thanks for the info anyways.